about Rara

My photo
N U R H A F F E Z A H .Just call me Rara :) thanks .
Showing posts with label Bla bla bla. Show all posts
Showing posts with label Bla bla bla. Show all posts

Monday, 28 November 2011

Titik peluh sendiri lebih berninai


Pendapat peribadi aku.Seawal umur 15 tahun kita memang mampu berdikari sendiri.Maksud aku bekerja.Mencari duit poket dengan tulang empat kerat sendiri.

Aku tak tahu aku jenis apa.Setiap tahun aku mesti buat satu penyelidikan.Contoh,tentang taktik aku belajar,bercinta dan gunakan duit poket.Benda ni sangat berkait rapat dengan azam  aku setiap tahun.

Bulan Mac lepas aku mula simpan duit makan yang ibu aku bagi.Kalau hari biasa aku bawa dua ringgit je.Kalau hari kokurikulum atau aktiviti lain aku bawa lima ringgit.Kadang kadang tu tambah duit sendiri.Boros juga aku masa sekolah.Banyak beli air masuk duit syiling masa tingkatan 3.

Berbalik kepada tajuk asal.Pendapat peribadi aku.Kalau kita nak beli barang yang kita suka tak perlulah minta wang daripada ibu atau ayah.Sikit sikit mintak.Tak payah manja sangat pon aku rasa dah cukup okey.

Berdikari kumpul wang sendiri itu lebih bagus.Sekurang kurangnya kita rasa kepuasan dalam setiap nilai wang yang kita perolehi.

Paling simple mulakan dengan simpanan duit poket setiap hari.Dekat sekolah tak makan masa rehat pon aku jamin korang takkan mati.Habis sekolah balik rumah makan lah.Tak pon korang bawa bekal ke sekolah.

Aku lebih senang bawa makanan bekal.Hari hari bawa roti,kismis dan air suam botol.Masa tingkatan dua aku selalu juga habiskan air suam yang aku bawa dalam botol besar.Dalam kelas sebelum rehat jugak aku habiskan.Bila masa rehat aku tambah lagi air suam yang free ambil dekat water cooler.Jadi tak perlu beli air manis dekat kantin.Kadang kadang tu malas makan sangat aku ambil jalan mudah puasa je terus.Ganti puasa tahun lepas.

Tahun lepas aku banyak habiskan duit dengan beli kad prabayar.Tapi tahun ni dengan jayanya aku dapat kumpul wang hasil jimat cermat yang aku jalankan selama tujuh bulan tahun 2011.
Aku dapat beli barang kegemaran aku sendiri.Aku bagi tahu korang,memang menarik.

Hidup kita tak selamanya bergantung pada keluarga.Kalau korang bijak,korang akan berdikari dari sekarang bukan esok,lusa,bulan depan atau tahun depan.Belajar jadi seorang yang matang.Tak kesah korang anak orang kaya,sederhana ataupun kurang berkemampuan.Semua orang sama.

Nasihat aku,kalau kita kaya jangan sombong,bongkak,angkuh,pandang rendah,mencaci,maki,
mencarut,mengejek,menghina,melayan buruk pada orang miskin atau sesiapa.Mungkin kita kaya di dunia.Tapi kita pasti ke kita kaya di akhirat.

Renung renungkan dan selamat beramal.


Thursday, 27 October 2011

Ejaan nama sangat penting!


Ejaan nama ni sangat penting.Kenapa?Sebab kalau ejaan salah.Susah jadinya.Betul tak.Lagi lagi kalau membabitkan hal hal yang besar.

Apa korang rasa kalau ejaan nama korang tu salah.Mesti lah geram kan.

Contoh nama aku.Sepanjang aku hidup ni.Setiap tahun ada je orang yang salah eja nama aku.

# 1) SITI NURHAFEEZAH
# 2) SITI NURFAIZAH
# 3) SITI NURHAFAIZAH
# 4) SITI HURHAFFEZAH
# 5) SITI NURHAFFEZZAH
# 6) SITI NURHAFFAEZAH
# 7) SITI NUR HAFFEZAH
# 8) SITI NURHAFIZAH
# 9) SITI NORHAFFEZAH

Banyak kan.Sekarang aku sangat serius dalam ejaan nama aku.Walaupun ianya hanya ditulis dalam nota.

Banyak dah sijil sijil aku yang salah ejaan.Sijil akademik,kokurikulum.Agaknya setiap kali orang nak tulis nama aku,aku kena tunjuk IC =="

Jadi,ambil berat tentang ejaan nama masing masing.

Monday, 24 October 2011

Ini sebab kenapa aku tak suka crowded


Crowded salah satu sebab kenapa aku tak dapat cantikkan blog aku.Tadi aku ade buka tempat tempat tutorial blog ni.Tangan aku pergi gatal cuba yang tu lah yang ini lah.Yelah rambang mata,semua nak cuba kan.

Masa tu tak sedar diri pulak aku.Yelah kan,aku ni sangat sangat tak suka benda crowded.Colourful lah yang bergerak bergerak tu lah.Ape tah nama dia.Buat semak mata je tengok.Bila dah crowded tu mulalah pening kepala aku.Tak cukup lagi tu dah mual mual nak muntah pulak.Bila dah campur aduk pening dengan benda crowded ni jadi serabut pun ada.Ini lah salah satu kelemahan aku.

Aku ni lain,suka yang simple simple je.Contoh macam blog.Kalau buat blog tu crowded sangat memang lah cantik kan,tapi nak loading tu lambat.Makan masa lagi.Lepas tu kalau orang jenis macam aku memang malas nak tunggu tunggu ni.Ikut sedap hati tekan pangkah je terus tab tu.Ikut mood lah nak tunggu loading tu.Mood baik boleh lah aku tunggu loading tu sampai berminit minit.

Kalau aku tak anti crowded ni.Memang aku akan hias blog.Rara ni dengan bermacam macam tutorial yang colourful.Bergerak sana bergerak sini.Pic sana pic sini.Macam candy blog.Untuk aku benda tu impossible buat masa sekarang.

Tengok je lah image yang aku letak kat atas tu.Kalau korang nak rasa pening macam aku.Cuba cari ape ape rupa dalam image tu.Kalau korang tak pening memang korang normal ;)


Saturday, 22 October 2011

Salah ke wanita pilih kerjaya yang lasak?


Sekali pandang smart jugak wanita jadi lasak.Itu ikut minat lah kan.Sifat lasak atau tak lasak tu datang semula jadi dalam diri.

Bagi korang yang lasak memang aku suka.Kenapa?Tak semestinya perempuan kena lembut setiap masa.Ikut keadaan lah.

Perempuan sekarang dah lain.Dah setanding dengan lelaki.Jadi tak mustahil untuk wanita lakukan kerja kerja sama macam lelaki.

Aku bagi contoh kerjaya sniper.Bagi aku memang rumit kerjaya ni.Kenapa?Sebab memerlukan skill yang mantap.Selain tu jugak kena pandai kawal pernafasan.Mata pun memainkan peranan penting.

Kerjaya sniper antara salah satu yang tersenarai dalam list kerjaya aku.Yelah aku kan suka lasak lasak ni.Tapi rezeki tuhan je yang tahu.Kalau rezeki aku dekat kerjaya sniper ni aku bersyukur.Kalau bukan,mungkin rezeki tu ada dalam bidang lain.


Jadi,tak salah perempuan memilih kerjaya macam ni.Wanita mesti ada pendirian yang kuat.Betul tak?Jangan ikut cakap orang lain.Tapi terima pendapat orang lain tu boleh lah kan.


Sesetengah orang.Kalau tanya dekat parents.Mestilah dia orang tak bagi kerjaya lasak lasak ni.Yelah membahayakan diri katanya.Aku pernah jugak dengar orang cakap.Perempuan ni kalau belajar jauh jauh pun.Nanti dah kahwin tempat nya kat dapur jugak.Betul ke?Entah lah aku pun tak tahu.


Masa depan korang.Pikir yang sesuai okey.Kalau korang pilih kerjaya semata mata kerana terpaksa oleh parents atau sesiapa.Memang korang akan rasa rimas dan setiap hari tu menyeksakan.



Friday, 21 October 2011

Beberapa jam yang mencemaskan


Ade pulak FB aku diaorang nak hack.Takde ape pun lah dalam FB aku yang menarik.Entah,aku pun tengah pikir kenapa dia hack FB aku.

Tapi serius memang cemas sikit time nak bukak FB tak dapat.Dalam kepala aku asyik pikir pasal link yang aku dah simpan je.Dah lah aku tak hafal nama nama link facebook tu.

Pastu dengan cepat aku sign up facebook baru.Aku cuba search FB aku yang kena hack tu.Profil semua dah tak boleh bukak.Dengan rasa sedih nya,dah nak nangis pun time tu tapi tahan je aku add kawan kawan convent aku balik.Yelah aku ni banyak buat aktiviti dengan dia orang.Nanti macam mana pulak aku nak contact bagi inform.Dah lah aku tak guna fon time ni.Fon dah rosak lah.Hari tu campak dalam kolam bagi ikan makan.

Pastu tiba tiba aku cuba sign in facebook yang kena hack tadi.Alhamdullillah lepas aku click forgot pass.Dalam berapa minit dah dapat bukak semula.Happy jugak time tu.

Ape je kan para penghack ni nak sebenarnya.Macam takde kerja lain.Kalau hack tu tak buat apa apa kat FB tu takpe.Tapi kalau dia buat perkara perkara buruk lain.Nanti orang yang membacanya akan sangka korang pulak buat benda benda buruk tu.Tak ke malu nanti.

Sekarang ni pun aku dah dengar banyak FB komuniti kena hack.Contoh Persatuan Bangsa Johor punya facebook.Dah okey ke belum aku pun tak tahu.

Okey kalau korang nak tahu lebih lanjut cara cara nak elakkan facebook korang dihack.Tekan je link ni http://akutracy.blogspot.com/2011/06/cara-elak-serangan-hacker-di-facebook.html


Friday, 14 October 2011

FB untuk mencaci maki atau tempat mencari kawan?




Ada segelintir manusia yang menjadikan FB sebagai journal mereka.
berkongsi aktiviti mereka dan feel mereka.

Tetapi ada juga manusia yang menjadikan FB sebagai tempat melepaskan kemarahan,emosi dan perkara-perkara negatif yang lain.
bukankah menjatuhkan air muka orang itu sesuatu kesalahan.
Tidak dinafikan , aku juga pernah dicaci maki dalam FB ni.

Oleh itu,gunakanlah FB ini sebagai tempat sebaik-baiknya.Jangan memalukan diri dengan apa yang telah kita lakukan dalam kita tidak perasan kita sedang memalukan diri kita sendiri kepada umum.

Thursday, 13 October 2011

Kehidupan seorang remaja


Semua orang pernah melalui zaman remaja.Orang kata zaman remaja yang paling best.Kenapa? Sebab mase remaja lah kita boleh buat macam macam betol tak.Banyak ilmu yang boleh kita timba masa remaja.Perjalanan langkah remaja masih panjang.Macam macam yang perlu kita lihat di luar sana.

   Tetapi semakin kita meningkat remaja.macam macam bentuk masalah yang dapt kita semua lihat dan kekadang masalah tu sume ada yang berlaku kat diri sendiri.Contoh,masalah keluarga.Yelah kan , masa kecik kecik dulu bila tengok ibu ayah gaduh rasa macam takde pape pon.Bile da besar , rase macam ada magnet yg tarik takik kita.Hal hal macam tu pon mesti kita ada rasa ingin tahu.Betul tak!Ada jugak budak remaja ni yang takde masalah dengan keluarga dia orang.Tu luck lah kan.

    Pastuh , remaja ni ada sifat bagi rara pelik lah kan .Tak tau la bagi korang sume camne.Remaja ni mesti nak ada boyfriend.Kenapa eh? Dia orang ni tak cukup kasih sayang keluarga ke sampai kena tambah kasih sayang dari bf/gf .Ramai da rara tengok kekawan rara,ada jugak yang sayang bf dia lebih dari sayang kat ibu bapa dia orang.Hmm entah lah.Rara ingat cikgu rara cakap,budak remaja sekolah menengah ni perangai pelik pelik.Eh , tak terkecuali , budak sekolah rendah pon dah banyak yang bermain dengan cinta monyet.

        Bagi diri rara lah , bf ni sume tak penting .Cukup lah kasih sayang dari keluarga kita.Dah habis sekolah menengah baru lah cari kan.Time tu nanti kita da cukup dewasa untuk buat sesuatu keputusan yang tepat.Nanti takdelah tergopoh gapah sangat macam time tengah darah muda.Yelah darah muda biasa panas je kan.Buat keputusan pon ikut sedap hati.Kalau kasih sayang bf kita tu takde , kita still boleh hidup.Emm , sedih sedih tu pon sekejap je kot.Tapi kalau kasih sayang dari keluarga kita semua dah takde .Sedih tu mesti tak terkata kan.Lagi lagi time orang islam menyambut 1 syawal.

        Cikgu pon pernah kata lagi , nak kawal murid tadika yang akal baru nak belajar lagi senang dari mengawal budak remaja sekarang yang mmg dah boleh pikir.

         So,kita pikir pikir yang terbaik buat diri kita.Rara pon tengah berusaha nak jadi yang lebih baik.Banyak lah jugak yang rara kene lawan dalam fikiran ni.Lagi pun,tak ada benda yang mudah.Kalau kita berusaha dapat lah hasil nye kan.