about Rara

My photo
N U R H A F F E Z A H .Just call me Rara :) thanks .

Monday 28 November 2011

Titik peluh sendiri lebih berninai


Pendapat peribadi aku.Seawal umur 15 tahun kita memang mampu berdikari sendiri.Maksud aku bekerja.Mencari duit poket dengan tulang empat kerat sendiri.

Aku tak tahu aku jenis apa.Setiap tahun aku mesti buat satu penyelidikan.Contoh,tentang taktik aku belajar,bercinta dan gunakan duit poket.Benda ni sangat berkait rapat dengan azam  aku setiap tahun.

Bulan Mac lepas aku mula simpan duit makan yang ibu aku bagi.Kalau hari biasa aku bawa dua ringgit je.Kalau hari kokurikulum atau aktiviti lain aku bawa lima ringgit.Kadang kadang tu tambah duit sendiri.Boros juga aku masa sekolah.Banyak beli air masuk duit syiling masa tingkatan 3.

Berbalik kepada tajuk asal.Pendapat peribadi aku.Kalau kita nak beli barang yang kita suka tak perlulah minta wang daripada ibu atau ayah.Sikit sikit mintak.Tak payah manja sangat pon aku rasa dah cukup okey.

Berdikari kumpul wang sendiri itu lebih bagus.Sekurang kurangnya kita rasa kepuasan dalam setiap nilai wang yang kita perolehi.

Paling simple mulakan dengan simpanan duit poket setiap hari.Dekat sekolah tak makan masa rehat pon aku jamin korang takkan mati.Habis sekolah balik rumah makan lah.Tak pon korang bawa bekal ke sekolah.

Aku lebih senang bawa makanan bekal.Hari hari bawa roti,kismis dan air suam botol.Masa tingkatan dua aku selalu juga habiskan air suam yang aku bawa dalam botol besar.Dalam kelas sebelum rehat jugak aku habiskan.Bila masa rehat aku tambah lagi air suam yang free ambil dekat water cooler.Jadi tak perlu beli air manis dekat kantin.Kadang kadang tu malas makan sangat aku ambil jalan mudah puasa je terus.Ganti puasa tahun lepas.

Tahun lepas aku banyak habiskan duit dengan beli kad prabayar.Tapi tahun ni dengan jayanya aku dapat kumpul wang hasil jimat cermat yang aku jalankan selama tujuh bulan tahun 2011.
Aku dapat beli barang kegemaran aku sendiri.Aku bagi tahu korang,memang menarik.

Hidup kita tak selamanya bergantung pada keluarga.Kalau korang bijak,korang akan berdikari dari sekarang bukan esok,lusa,bulan depan atau tahun depan.Belajar jadi seorang yang matang.Tak kesah korang anak orang kaya,sederhana ataupun kurang berkemampuan.Semua orang sama.

Nasihat aku,kalau kita kaya jangan sombong,bongkak,angkuh,pandang rendah,mencaci,maki,
mencarut,mengejek,menghina,melayan buruk pada orang miskin atau sesiapa.Mungkin kita kaya di dunia.Tapi kita pasti ke kita kaya di akhirat.

Renung renungkan dan selamat beramal.