about Rara

My photo
N U R H A F F E Z A H .Just call me Rara :) thanks .
Showing posts with label My World;My Life. Show all posts
Showing posts with label My World;My Life. Show all posts

Thursday, 8 December 2011

Cinta hujung nyawa (Bacalah)


Selalu kita dengar 'aku inginkan dirimu datang dan temani aku,kan ku katakan padamu aku sangat menyintai dirimu'.

Cuba kita ubah 'aku inginkan ibuku datang dan temani aku,kan ku katakan pada ibuku aku sangat menyintai dirimu'

Biasa kita asyik bercerita tentang pasangan kepada kawan kawan.Tapi pernahkah sekali kita bercerita tentang ibu bapa,adik adik di facebook.Gf/bf beri hadiah,date atau pemberian lain dengan hati tidak sabar sabar mahu bercerita kepada rakan.

Sakitnya ibu melahirkan memang tidak dapat digambarkan.Tidak pula ibu itu menghebohkan di fb.Tetapi kita sakit bercinta,semua dapat ditulis,digambarkan dalam fb.Dengan umumnya.

Ibu berjanji menjaga kita dalam keadaan sakit,suka dan duka.Tapi pernahkah kita berjanji kepada ibu dan ayah untuk menjaganya semasa tua dan sakit.Sebaliknya kita berjanji kepada pasangan kita untuk sehidup semati dengan nya.


Ibu hanya meminta lima puluh ringgit setiap bulan untuk belanja.Ibu tak perlukan harta,emas,berlian,rumah besar ataupun kehidupan mewah.Cukuplah sekadar anaknya pulang menziarahi.

Anak yang dikandungkan sembilan bulan lebih memilih kerjaya yang sentiasa sibuk.Apabila tiba hari minggu ibu itu mengharap anak nya pulang.Tetapi anaknya memilih berehat bersama keluarga.

Bila kita menangis,kita berharap agar pasangan kita menelefon kita.Tetapi pernahkah kita menelefon ibu bapa semasa mereka menangis.

Kita sentiasa mengambil berat tentang pasangan. Moodnya,aktivitinya,penatnya,sihatnya,
tidurnya,makannya dan perasaan pasangan kepada kita setiap hari.Setiap hari kita bertanya.Tetapi pernahkah kita bertanya soalan itu kepada ibu bapa.

Bila kita rindu pasangan kita lihat gambar pasangan setiap malam.

Pernah tak korang lihat,tatap wajah ibu korang semasa mereka tidur.

Korang tatap gambar pasangan korang tak dapat ape ape pon kawan.Jangan buang masa okey.Tetapi bila kita tatap wajah ibu bapa dengan ikhlas dan hati terbuka,pahala yang dijanjikan akan kita perolehi.


Mereka bukan selamanya ada dengan kita.Bila ajal mereka tiba.Tiada siapa dapat hindari.Tubuh mereka lemah longlai.Tiada lagi gelak tawa dan senyuman dari wajah ibu.

Kita menangis,meraung.Mahu merasa kembali pelukan ibu.Ciuman ibu.Salam dari tangan suci ibu.Tetapi hanya jenazah yang sudah sedia dikebumikan dapat dilihat.Tiada lagi doa seorang ibu kepada anaknya.Terputus hubungan antara kita dan ibu.Hanya doa dari anaknya yang soleh solehah diharapkan.

Ajal yang datang tidak mengira waktu,hari dan tempat.Jika kita mempunyai masa.Luangkan lah sedikit untuk ibu.Bergurau senda dengan ibu.Memicit kaki,tangan dan kepala ibu.Memberi kucupan kepada ibu.Mencium tangan lemah longlai ibu.Peluklah ibu seeratnya.

Mungkin waktu ini,malam ini,hari ini kita dapat melihat wajahnya.Tetapi esok kita tidak tahu.

Semalam kenangan,hari ini realiti,esok adalah rahsia.

Suatu masa nanti kita pasti jadi ibu bapa.Masa itu barulah kita rasa perasaan ibu bapa yang menjaga kita.

Minta maaflah kepada mereka sebelum terlambat.

Lepas korang baca entri ini,aku harap korang dapat paham makna 'Cinta Hujung Nyawa'.Cinta ibu bapa paling tepat sampai hujung nyawa.Cinta pasangan sekelip mata boleh hilang.

Thursday, 24 November 2011

Hidup Perlukan Kekuatan


Hidup bukan selamanya bergantung pada ibu bapa.Bila tiba kita dewasa baru kita jumpa diri kita sebenar.

Banyak yang akan kita jumpa.Ibarat kita berada di tengah tengah lautan.

Ada masa tertentu kita perlukan tangan untuk membantu.Perumpamaan seseorang yang akan kita jumpa.Apabila itu berlaku kita seharusnya menyambut tangan itu dengan hati yang terbuka.

Hidup kita,kita tentukan.

Kita pandang ke langit dan lautan yang luas.Di dasarnya banyak tersimpan berjuta harapan.Sama seperti harapan yang kita impikan.Tetapi ingat,impian tidak akan kita miliki jika tiada usaha.

Hiraukan apa orang nak kata jika itu membuatkan kita merasa diri tidak berguna.

Jika hari ini kita gagal langkan yang pertama dalam hidup kita.Tidak bermakna selamanya gagal.Gagal mengajar kita lebih dewasa.Orang yang tidak pernah gagal pendapat peribadi aku ibarat orang yang paling rugi.

Jangan lemah untuk hidup.Jika kita jatuh atau tidak.Ingatlah kepada pencipta kita yang terhebat  dan teragung.

Sesekali dalam hidup kita akan bertemu dengan ombak yang sangat besar.Cari ketenangan di  mana sahaja sebelum membuat sesuatu keputusan.

Setiap orang perlu mengetahui tujuan untuk hidup.Jika tiada tujuan.Ibarat kita terbang di udara terhuyung hayang tanpa arah tuju.

Hidup kita,kita perlu sayang seperti nyawa.

Angin tidak selalunya kencang.Ibarat nyawa yang beterbangan di awangan.Sesekali menghembuskan nada sepoi sepoi.

Hidup tidak selamanya rumit.

Cinta pada manusia tidak selalu indah.Tetapi jika kita cinta pada alam yang terbentang luas itu lebih baik.Cinta sesama manusia juga perlu untuk pelengkap hidup.

Hidup,diri,nyawa.Hanya ada sekali peluang saja untuk kita genggam.



Tuesday, 1 November 2011

Good life


Apa korang rasa bila hari korang sangat bagus.Mesti lah seronak betul tak?Bila dah seronok tu mestilah sentiasa senyum.Kadang kadang tu terlampau gembira sampai senyum sorang sorang.Aku pun pernah rasa gembira macam tu.

Kadang kadang gembira tu datang dengan sendirinya bila kita dalam sesuatu situasi yang menggembirakan hati.

Memang bagus kalau korang gembira selalu.Kenapa?Kerana gembira ni akan melapangkan fikiran kita.Dapat melegakan fikiran serta membuat kita lebih yakin dengan diri.

Tapi nak gembira pun ikut tempatlah.Jangan ada kematian korang punya gembira sampai melonjak lonjak keriangan.Nanti orang pandang lain macam pula dekat korang.

Dalam hidup mesti ada gembira.Barulah korang rasa hari korang sangat sempurna.

Gembira ni diibaratkan seperti burung burung yang terbang.Semakin jauh burung itu terbang.Semakin lapang pemikiran kita kerana dapat melihat macam macam keindahan yang ada di bumi.Merasa angin yang meniup sepoi sepoi bahasa pada waktu petang.Di atas bukit tinggi yang dipenuhi pelbagai jenis kelopak bunga segar.Memandang ke arah langit yang cerah dan menikmati keseronokkannya.

Pasti menghasilkan sesuatu kesegaran di dalam minda korang.

Kalau korang tak percaya,cubalah sendiri.Sendirian hanya korang dan ciptaanNYA saling berkomunikasi antara satu sama lain.

Dah besar nanti aku nak buat rumah atas bukit tepi pantai.Biar hari hari rasa hidup yang sangat bagus dan gembira.Dreaming.


Friday, 21 October 2011

Izzati Syamimi


Eh ni bukan gambar aku.Saje hari ni aku nak tulis entri buat sorang kakak ni.Nama dia Izzati Syamimi.Sedap nama dia kan.Kalau tengok gambar mesti nak tahu umur berape .Okey akak ni baru 18.

Anak sulung pulak tu.Besar tenggungjawab dia.Akak ni kecik molek orangnya.Kalau korang ex sekolah Dato' Sri Amar Diraja Muar mesti korang kenal lah kot dengan akak ni.

Tapi maaf,akak ni dah pun berempunya.

Kakak ni kadang kadang lawak jugak.Time aku dengan dia dah bosan yang teramat.Aku cakap ape pun dia still layan.Pastu mulalah kiteorang cakap pasal topik topik artist ni.

Memang lah kan.Perempuan dengan gossip tak boleh berpisan.Kiteorang bergosip,tapi agak agak lah.Takde over mana.Biasa biasa je pun.



Wednesday, 19 October 2011

Sayangi dia


Dalam banyak banyak haiwan.Harimau paling aku suka.Kenapa?Sebab dia lagi besar dari kucing.Yelahkan,kucing tu kecik je.

Harimau ni senang nak peluk.Yelah besar kan.Boleh bawak jalan jalan.Bagi yang tak tau,harimau ni tak makan orang selagi dia belum bau darah.Maksud nya selagi dia belum bau darah atau makan darah ,dia tak membahayakan.


Ourite yang ni lagi aku sayang sangat.Anak singa.Kalau ade satu kat rumah aku memang tidur pun dengan dye lah.Teddy bear kat tepi tilam tu sume ak bagi free kat orang.Tak diperlukan lagi.Nak keluar jalan pun aku akan bawak anak singa tu sekali.Yelah nanti rindu pulak.

Aku rasa main dengan haiwan ni lagi seronok dari melepak buang masa kan.Tapi tulah,haiwan ni nak bela kena ada lesen.

Tapi kalau ada dua dua haiwan ni pun best jugak kat rumah kan.Bole lah aku berkawan dengan dia.Haiwan ni paham ape kita cakap.Kita je tak paham bahasa dia.Senang je hati.Kalau berkawan dengan manusia hati masing masing lain.Mencarut tak habis habis.Pape je la kan.Macam macam.Haiwan senang.Bagi makan,ajak main bola getah,tidur.Simple.Takde yang boleh pempengaruhi minda dengan kesan negatif.

Tapi manusia perlukan teman untuk bercakap.Jangan pulak anti social.

Saturday, 15 October 2011

Pencuri yang jujur atau Polis yang tak jujur

Aku tak tau kenapa tiba tiba nak buat entri ni.Okey,kalau korang disuruh pilih salah satu korang nak pilih yang mana?Itu korang jawab sendiri lah.Kalau sesape teringat kat satu movie hindi ni.Dye cam punye lah dialog 'pencuri yang jujur atau polis yang tak jujur'.Tak silap aku dhoom2.Aku memang suke cara dia jadi pencuri.Memang ada style.Yelah susah sekarang nak cari pencuri yang perfect macam En.A.
Okey kalau aku,aku akan pilih pencuri yang jujur.Kenapa?Sebab jarang orang dengar pencuri tu jujur.Mungkin pencuri yang jujur ni lagi baik dari polis.Kenapa?Sebab tak semestinya pencuri akan cederakan orang awam,membunuh.Betol tak?.Pencuri yang perfect ni biasanya akan focus kat strategi dye.Lain lah kalu pencuri tu takde benda benda canggih macam En.A tu guna.Mesti kelam kabut time dia nak lari dari polis.Tapi kalau siapa pilih polis yang tak jujur ni tak bagus lah bagi aku.Buat sakit hati je kalau benda yang dah dijanjikan tapi kejap cakap lain pastuh tanya balik cakap lain.Macam dah terbalik pulak kan. 


Jadi kalau sesiapa nak jadi pencuri tu,tolong lah pikir beribu kali.Strategi yang korang nak guna tu dah cukup canggih perfect ke belum?Kalau stategi tu tak secanggih mane pun baik batalkan je niat nak mencuri tu.


Apa apa pun,entri ni bukan untuk menggalakkan sesiapa menjadi pencuri.Cuma pandangan aku tentang tajuk ni.Tapi kalau korang nak buat benda tu jadi menarik,perfect korang kene berfikiran macam En.A.Cool je.Kurangkan bercakap,banyakkan kerja.Maksud aku,benda benda yang baik.

Friday, 14 October 2011

Rara dan Blog


Susah sebenarnya rara nak buat blog ni.Pemikiran yang luas perlu ada dalam diri pemblogger.Yelah untuk cari idea nak buat entri.Lagi lagi bagi rara yang baru je jadi pemblogger.Kadang kadang idea tu ada,tapi susah nak terjemahkan dalam bentuk penulisan.Benda tu rara belum kaji lagi kenapa.

Bagi rara,entri yang terbaik adalah melalui pengalaman kita sendiri.Kenapa? Kerana bila kita yang melalui pengalaman tu sendiri,apa yang nak kita sampaikan tu original dan mesej yang nak disampaikan tu senang dipahami oleh pembaca.

Sebelum rara bukak blog ni pon,rara ingat nak tulis entri pastuh post dalam blog senang.Tapi sebenarnya susah jugak.Boleh tahan lah.Lain lah bagi pemblogger yang nak buat blog ni untuk journal mereka.

Kekadang kalu susah sangat rara nak cari idea atau nak ingat balik perkara yang memang dah sure sure nak post tapi terlupe plak.Pasang lah lagu,kire macam cari ilham lah jugak.Banyak lagi cara nak cari idea.Btol tak!Tapi yang ni macam favourite rara lh.Imagine.Best kot.
Bagi sesiapa yang suka berfikir tu,tak salah kalu kita nak cuba penulisan dalam blog.

Thursday, 13 October 2011

MnM



Ini ialah blog pertama dari rara .Oleh itu rara namakan blog ini sebagai 'My World ; My Live'. 
http://nurhaffezah-rara.blogspot.com/


Tujuan :
Rara buat blog ini untuk mengeluarkan apa apa saja yang rara pikir boleh dikongsikan dengan korang .Terutamanya kepada remaja yang sebaya dengan rara . Sebelum ni , apa yang terlintas dalam pikiran , rara sorang je yang tahu .Tapi , setelah ada blog ini , mungkin rara akan berkongsi dengan korang .

Konsep :
Konsep yang rara cuba gunakan ialah santai .Jadi blog ni tak lah terlalu boring .Rara pun tak suka benda benda yang terlalu sesak .Kenapa ? Sebab benda benda tu sume akan buat rara serabut. Jadi untuk blog rara ni , rara gunakan yang simple simple je .


p/s : blog.Rara belum siap 100% masih dalam proses.