about Rara

My photo
N U R H A F F E Z A H .Just call me Rara :) thanks .

Thursday 8 December 2011

Cinta hujung nyawa (Bacalah)


Selalu kita dengar 'aku inginkan dirimu datang dan temani aku,kan ku katakan padamu aku sangat menyintai dirimu'.

Cuba kita ubah 'aku inginkan ibuku datang dan temani aku,kan ku katakan pada ibuku aku sangat menyintai dirimu'

Biasa kita asyik bercerita tentang pasangan kepada kawan kawan.Tapi pernahkah sekali kita bercerita tentang ibu bapa,adik adik di facebook.Gf/bf beri hadiah,date atau pemberian lain dengan hati tidak sabar sabar mahu bercerita kepada rakan.

Sakitnya ibu melahirkan memang tidak dapat digambarkan.Tidak pula ibu itu menghebohkan di fb.Tetapi kita sakit bercinta,semua dapat ditulis,digambarkan dalam fb.Dengan umumnya.

Ibu berjanji menjaga kita dalam keadaan sakit,suka dan duka.Tapi pernahkah kita berjanji kepada ibu dan ayah untuk menjaganya semasa tua dan sakit.Sebaliknya kita berjanji kepada pasangan kita untuk sehidup semati dengan nya.


Ibu hanya meminta lima puluh ringgit setiap bulan untuk belanja.Ibu tak perlukan harta,emas,berlian,rumah besar ataupun kehidupan mewah.Cukuplah sekadar anaknya pulang menziarahi.

Anak yang dikandungkan sembilan bulan lebih memilih kerjaya yang sentiasa sibuk.Apabila tiba hari minggu ibu itu mengharap anak nya pulang.Tetapi anaknya memilih berehat bersama keluarga.

Bila kita menangis,kita berharap agar pasangan kita menelefon kita.Tetapi pernahkah kita menelefon ibu bapa semasa mereka menangis.

Kita sentiasa mengambil berat tentang pasangan. Moodnya,aktivitinya,penatnya,sihatnya,
tidurnya,makannya dan perasaan pasangan kepada kita setiap hari.Setiap hari kita bertanya.Tetapi pernahkah kita bertanya soalan itu kepada ibu bapa.

Bila kita rindu pasangan kita lihat gambar pasangan setiap malam.

Pernah tak korang lihat,tatap wajah ibu korang semasa mereka tidur.

Korang tatap gambar pasangan korang tak dapat ape ape pon kawan.Jangan buang masa okey.Tetapi bila kita tatap wajah ibu bapa dengan ikhlas dan hati terbuka,pahala yang dijanjikan akan kita perolehi.


Mereka bukan selamanya ada dengan kita.Bila ajal mereka tiba.Tiada siapa dapat hindari.Tubuh mereka lemah longlai.Tiada lagi gelak tawa dan senyuman dari wajah ibu.

Kita menangis,meraung.Mahu merasa kembali pelukan ibu.Ciuman ibu.Salam dari tangan suci ibu.Tetapi hanya jenazah yang sudah sedia dikebumikan dapat dilihat.Tiada lagi doa seorang ibu kepada anaknya.Terputus hubungan antara kita dan ibu.Hanya doa dari anaknya yang soleh solehah diharapkan.

Ajal yang datang tidak mengira waktu,hari dan tempat.Jika kita mempunyai masa.Luangkan lah sedikit untuk ibu.Bergurau senda dengan ibu.Memicit kaki,tangan dan kepala ibu.Memberi kucupan kepada ibu.Mencium tangan lemah longlai ibu.Peluklah ibu seeratnya.

Mungkin waktu ini,malam ini,hari ini kita dapat melihat wajahnya.Tetapi esok kita tidak tahu.

Semalam kenangan,hari ini realiti,esok adalah rahsia.

Suatu masa nanti kita pasti jadi ibu bapa.Masa itu barulah kita rasa perasaan ibu bapa yang menjaga kita.

Minta maaflah kepada mereka sebelum terlambat.

Lepas korang baca entri ini,aku harap korang dapat paham makna 'Cinta Hujung Nyawa'.Cinta ibu bapa paling tepat sampai hujung nyawa.Cinta pasangan sekelip mata boleh hilang.