about Rara

My photo
N U R H A F F E Z A H .Just call me Rara :) thanks .

Tuesday 1 November 2011

Good life


Apa korang rasa bila hari korang sangat bagus.Mesti lah seronak betul tak?Bila dah seronok tu mestilah sentiasa senyum.Kadang kadang tu terlampau gembira sampai senyum sorang sorang.Aku pun pernah rasa gembira macam tu.

Kadang kadang gembira tu datang dengan sendirinya bila kita dalam sesuatu situasi yang menggembirakan hati.

Memang bagus kalau korang gembira selalu.Kenapa?Kerana gembira ni akan melapangkan fikiran kita.Dapat melegakan fikiran serta membuat kita lebih yakin dengan diri.

Tapi nak gembira pun ikut tempatlah.Jangan ada kematian korang punya gembira sampai melonjak lonjak keriangan.Nanti orang pandang lain macam pula dekat korang.

Dalam hidup mesti ada gembira.Barulah korang rasa hari korang sangat sempurna.

Gembira ni diibaratkan seperti burung burung yang terbang.Semakin jauh burung itu terbang.Semakin lapang pemikiran kita kerana dapat melihat macam macam keindahan yang ada di bumi.Merasa angin yang meniup sepoi sepoi bahasa pada waktu petang.Di atas bukit tinggi yang dipenuhi pelbagai jenis kelopak bunga segar.Memandang ke arah langit yang cerah dan menikmati keseronokkannya.

Pasti menghasilkan sesuatu kesegaran di dalam minda korang.

Kalau korang tak percaya,cubalah sendiri.Sendirian hanya korang dan ciptaanNYA saling berkomunikasi antara satu sama lain.

Dah besar nanti aku nak buat rumah atas bukit tepi pantai.Biar hari hari rasa hidup yang sangat bagus dan gembira.Dreaming.